KOTA KINABALU: Setiap tahun pada Mei, rakyat Sabah daripada pelbagai latar belakang berkumpul bagi meraikan Pesta Kaamatan iaitu perayaan khas yang disambut bagi menghormati semangat padi.
Tanggal 31 Mei pula menjadi tarikh penting sambutan Pesta Kaamatan atau Tadau Kaamatan apabila pertandingan ratu cantik atau Unduk Ngadau menjadi acara kemuncak perayaan berkenaan.
Bagi penulis bukan berasal dari Sabah, tanggapan pertama mengenai Unduk Ngadau adalah pertandingan ratu cantik konvensional namun sangkaan itu meleset selepas meneliti dan berbual dengan rakyat Sabah mengenai Unduk Ngadau yang disifatkan sebagai wakil membawa motif budaya Negeri Di Bawah Bayu dan masyarakat sendiri.
Pengerusi Unduk Ngadau Kaamatan Joanna Kitingan berkata pemenang dari setiap 44 daerah akan mewakili dan membawa keunikan budaya masing-masing pada acara kemuncak Unduk Ngadau pada 31 Mei ini, sekali gus mempersembahkan budaya Sabah kepada dunia.
"Unduk Ngadau telah dianjurkan selama 62 tahun dan menjadi nadi kepada pesta Kaamatan, ia adalah pertunjukan budaya yang mana setiap daerah mempunyai budaya tersendiri seperti keunikan pakaian tradisional untuk dibawa ke pertandingan Unduk Ngadau.
"Legenda Huminodun melambangkan ketaatan, kerelaan, kesukarelawan dan pengorbanan demi kebaikan orang lain. Ini yang kita pelajari daripada Unduk Ngadau dan peserta itu sendiri dapat meningkatkan keyakinan serta menjadi lebih baik," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Joanna berkata selaras tema sambutan Pesta Kaamatan tahun ini 'Kaamatan Menjiwai Alam Semula jadi', ia adalah penting untuk Unduk Ngadau menjadi duta dan mempromosikan kekayaan alam semula jadi sambil mengekalkannya untuk generasi masa depan.
Beliau berkata ia wajar kerana sektor pelancongan negeri telah dibuka semula dan selain alam semula jadi, agropelancongan juga menjadi titik kukuh untuk Sabah mempromosikan pelancongan, justeru peserta Unduk Ngadau boleh memainkan peranan dengan mempromosikan daerah mereka.
"Alam semula jadi adalah aset yang perlu dipelihara dan kita sememangnya dikurniakan hutan di bawah Jabatan Taman dan Perhutanan Sabah. Penting untuk wanita muda memahami apa yang dimaksudkan untuk memulihara aset semula jadi kita," katanya.
Mengenai hadiah pula, beliau berkata pemenang akan menerima hadiah bernilai RM120,000 termasuk biasiswa, wang tunai beserta hadiah iringan, diikuti naib juara RM53,000 dan tempat ketiga RM46,000 serta tempat keempat hingga tujuh turut menerima hadiah.
"Bermula sebagai perarakan dan pertandingan adat istiadat, selepas 62 tahun terdapat banyak perubahan tetapi intipatinya masih ada, menjunjung semangat Huminodun dan Unduk Ngadau masih relevan pada zaman moden dan digemari oleh rakyat Sabah yang meletakkan Unduk Ngadau pada tahap tertentu," katanya.
Unduk Ngadau yang dulunya dikenali sebagai pertandingan warisan Kadazan-Dusun tetapi kini berkembang menjadi pertandingan untuk mempelbagaikan budaya serta warisan di Sabah, mencerminkan keterbukaan penduduk Tanah Di Bawah Bayu.
Pemenang Unduk Ngadau tahun lepas, Maya Hejnowska berkata perkara penting sebagai Unduk Ngadau adalah tanggungjawab yang datang bersama terutamanya dalam menjadi contoh kepada generasi muda Sabah dan memperkasa kaum wanita.
"Jika menang Miss Universe atau Miss World kita mewakili rakyat, begitu juga Unduk Ngadau. Sukar untuk digambarkan, mesti berada dalam kedudukan kami untuk mengetahuinya. Ia adalah mengenai tanggungjawab kepada rakyat dan belajar untuk menjadi lebih baik.
"Selepas menjadi Unduk Ngadau, saya belajar banyak perkara seperti bertemu bobohizan (pendeta besar) belajar tentang upacara tradisional, dan dalam media sosial apabila menyiarkan gambar contohnya, saya mesti menjadi contoh teladan terutama kepada masyarakat Sabah," kata gadis beketurunan Kadazan-Poland itu.
Beliau berharap Unduk Ngadau akan diteruskan dan menjadi platform untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Sabah yang memiliki kepelbagaian latar belakang di samping memperkasa generasi muda.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 26 2022
Sebahagian daripada peserta gadis suku kaum Kadazandusun dan Murut yang menyertai Ratu Unduk Ngadau sempena pelancaran sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri di Keningau, baru-baru ini.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Lima lagi lebuh raya setuju laksana SPT September ini
Enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) bermula September ini.
Lawrence Wong terima ucapan tahniah pemimpin dunia
Wong menyatakan harapan agar dapat menjalinkan kerjasama bagi meningkatkan kerjasama dua hala dan serantau.
Anwar mulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi dua hari ke Kazakhstan dengan mengunjungi Masjid Besar Astana yang terletak di sepanjang Laluan Sutera di Astana.
Pelancong Jerman lemas di Pulau Perhentian
Insiden berlaku ketika Dr Loosen- Freiling Iris, 74, mandi bersama suaminya di pulau peranginan itu pada kira-kira 3.30 petang Khamis.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua beregu negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand
Dua beregu lelaki negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand 2024 selepas memenangi perlawanan pusingan kedua masing-masing yang berlangsung di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
401 projek naik taraf klinik dan fasiliti kesihatan sedang disiapkan - Dr Dzulkefly
Sebanyak 401 projek melibatkan menaik taraf klinik dan fasiliti kesihatan daif di seluruh negara sedang disiapkan pada tahun ini.
Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya terburu-buru dan mengejar sasaran tidak realistik pada awal fasa Liga Super musim ini.
Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah - Hajiji
Hajiji berkata media turut memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan rakyat dan negeri.
ESSCOM tahan 37 individu dalam operasi bersepadu di Kalabakan
Sebanyak 37 individu ditahan melibatkan pelbagai kesalahan dalam operasi Pos Pemeriksaan Darat (RCP) di bawah ESSCOM.
Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk Pulau Banggi.
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
Kementerian Kesihatan cadang wujud tiga lagi Wellness Hub di Sabah
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah
Sembilan fokus strategik digariskan bagi merealisasikan hasrat itu, dengan satu daripadanya berkaitan komitmen mensifarkan sekolah daif
U Mobile buka kedai pertama di Sabah
pembukaan kedai U Mobile pertama di Sabah adalah sebahagian daripada perancangan untuk memastikan penduduk negeri itu dapat menikmati perkhidmatan pelanggan serta rangkaian produk inovatif U Mobile.
Miskin tegar Sabah menurun kepada 12,555 setakat 31 Mac - Hajiji
Kadar kemiskinan tegar di Sabah menurun kepada 12,555 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan dalam sistem e-Kasih setakat 31 Mac lepas.